Bersama Prof Dr Sidek BabaMASYARAKAT majmuk adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Ia terungkap dalam surah al-Hujurat yang menyatakan bahawa pelbagai kaum di dunia memimpin ke arah proses untuk mereka berkenal-kenalan.Berkenalan membawa maksud yang luas termasuk menyuburkan faktor perbandingan yang memberi manfaat. Ada aspek budaya dan tamadun bangsa yang berbeza menyumbang kepada asas maju dan sifatnya mendukung perubahan.Pada diri setiap manusia yang diciptakan ada asas fitrah yang sifatnya sejagat. Meskipun ada kelainan dalam sistem kepercayaan, resam budaya dan cara hidup tetapi ada asas perlu dikongsi supaya lahir jalinan kemanusiaan tinggi yang membolehkan kehidupan berlaku dan wujud rasa perkongsian terhadap rasa bersama.Umat Melayu yang terbina dengan fahaman Islam umpamanya diajar bersikap adil dan amanah. Faktor adil dan amanah adalah faktor sejagat. Sebuah negara Islam, amanah dan keadilan tidak saja berlaku terhadap orang Islam tetapi dituntut berlaku terhadap bukan Islam yang taat kepada negara.Hakikatnya, mengamalkan ajaran Islam dengan baik menjadikan umat Melayu memiliki kualiti diri yang baik dan menjadi sumber contoh terhadap yang lain. Apabila faktor bangsa menjadi lebih berkuasa, ia mudah mewujudkan persaingan dan konflik.Tetapi apabila faktor nilai dijadikan pedoman, nilai al-Quran memberikan penganutnya asas jujur, ikhlas dan baik hati. Sebuah negara umat Islam, kepimpinan berasaskan nilai itu sifatnya menaungi bukannya menimbulkan prasangka dan pecah-belah.Kepelbagaian berasaskan kesuburan nilai sejagat yang membolehkan jalinan komunikasi dan kerjasama berlaku seharusnya menjadi dasar pembentukan negara bangsa supaya integrasi lebih bermakna dapat disuburkan.Nilai tolak ansur dan timbang rasa umpamanya adalah nilai unggul yang memberi jalan terbaik terhadap kelainan dan perbezaan akibat wujudnya masyarakat majmuk.Di kalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya umpamanya berasakan penting berkongsi pengalaman dan kaedah terbaik dalam urus niaga dengan peniaga Melayu atas kesedaran bahawa meminggirkan orang Islam boleh menyebabkan wujud ketidakseimbangan penguasaan ekonomi.Sekiranya hal ini berlarutan, rasa terpinggir boleh menyemai sifat dengki dan dendam. Orang Melayu harus bersedia untuk belajar daripada mereka yang berjaya dan cemerlang, barulah asas kejayaan diraih berasaskan kesungguhan bekerja serta kesabaran menghadapi kerenah.Melihat gelagat sesetengah orang Cina dalam perniagaan umpamanya tidaklah menggambarkan nilai murni dalam ajaran Kongfuzi. Kongfuzi dalam bukunya “The Analect” menganjurkan falsafah murni seperti adil, kasih sayang, timbang rasa dan berperikemanusiaan.Seperti juga melihat sesetengah orang Melayu Islam yang suka melanggar peraturan, bengis di jalan raya, suka ketawa dengan jenaka mencarut bukanlah gambaran ajaran Islam yang mulia seperti sabar, timbang rasa, patuh dan taat kepada aturan, bercakap hal bermanfaat.Kehidupan dalam apa bangsa pun yang tidak dipandu nilai murni terpancar dari agama dan falsafah boleh menyebabkan faktor bangsa menjadi perbezaan yang rapuh terhadap nilai murni. Kehidupan ingin digarap berlandaskan irihati, dendam, syak wasangka akhirnya boleh mencetuskan konflik.Jika asas kehidupan bangsa bertitik tolak dengan nilai murni, ia mencetuskan rasa kemanusiaan tinggi, pengertian mendalam terhadap maksud perbezaan dan mencari titik persamaan yang didukung atas jalinan kasih sayang.Perlumbaan manusia hari ini untuk memperkasakan wibawa bangsa tanpa merujuk keunggulan tamadun yang mendukung kualiti kemanusiaan akhirnya mengarah kepada konflik. Yang menemukan kelainan budaya sesuatu bangsa umpamanya ialah asas apresiasi terhadap nilai jujur, peramah, tolak-ansur, setia kawan yang menjadi landasan kerjasama dalam semua aspek kehidupan.Akhirnya wujud keinsafan bahawa yang berbeza dalam sifat sesuatu bangsa biarlah berbeza dan titik persamaan yang banyak antara bangsa boleh menyumbang ke arah persefahaman dan tolak ansur harus disuburkan.Tidak ada jalan lain dalam kehidupan masyarakat majmuk yang boleh menemukan nilai fitrah melainkan sesuatu bangsa itu memiliki dukungan ajaran agama dan nilai falsafah menampilkan pekerti bangsa yang murni.Jika nilai murni dan baik dapat disuburkan dalam interaksi serta komunikasi antara kaum, ia mampu membina acuan integrasi yang bermanfaat. Integrasi kaum bukan bermakna peleburan identiti bangsa.Islam menekankan pentingnya jiwa berkenal-kenalan dalam wujud rasa saling memahami. Darinya bakal subur nilai bersama dan sejagat yang memungkinkan integrasi berlaku dalam erti kata lebih bermakna.Tiada integrasi atau perpaduan yang sifatnya luaran, bermuka-muka dan akhirnya boleh meledak dengan pancaran dendam, sakit hati hingga menghasilkan konflik dan pertembungan.rujukan :http://drsidekbaba.blogspot.com/2009/06/perkongsian-nilai-murni-pererat.html
1. Jurulatih Dakwah Kemanterian Pelajaran Malaysia 2. JK Sekolah Harapan Sekolah 3. JK Induk Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Produced opening montage Festival Nasyid National level 2006 4. JK Pendaftaran Pelajar SMTPD 5. Ahli Jawatankuasa PROSTAR Negeri Sembilan 6. Pembimbing dan Jurulatih Syarahan MTAQ peringkat daerah,dan negeri 7. Guru Pengiring Nadwah kepemimpinan Pelajar Kontinjen Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan 8. Penyedia teks syarahan MTAQ peringkat sekolah, daerah, dan negeri 9. Kem Komandan Nadwah Kepemimpinan Pelajar Sek. Men 2006 Peringkat Negeri 10. JK Gotong Royong Perdana 1 dan 2 11. Penyelaras Program Maulidur Rasul dan Kempen 3S anjuran Panitia Pend. Islam 12. Majlis Kenduri Sekampung sempena Maulidur Rasul 13. JK Program Kempen Derma “1 Keluarga 1 Buku” Anjuran Perpustakaan SMTPD 14. Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam,1223/1, SPM, Lembaga Peperiksaaan Malaysia 15. Hakim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Daerah 16. AJK Prostar Daerah Port Dickson 17. Setiausaha Surau Al-Abrar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson 18. Penasihat Program Isra’dan Mikraj 19. JK Program Praktikal Ibahadt Haji 20. Penceramah bagi Sambutan Maal Hijrah, Maulidurasul dan Israk Mikraj 21. Penyelaras Program Forum Ihya' Ramadhan : 22. Penyelaras Program Kem Jom Solat 23. Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan 24. Bendahari MTAQ Daerah 25. Hakim Tilawah Sekolah Agama Rakyat Daerah P.Dickson, JAHEINS 26. Ketua Hakim Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah. Karnival Seni dan Pencegahan Dadah peringat Daerah 27. AJK Hari Sukan Tahunan Sekolah 28. Jurulatih pasukan kawat kaki sekolah 29. AJK Karnival Seni dan Pencegahan Dadah peringat Daerah 30. Membuat Mural Pendidikan Islam 31. Penasihat Buletin Iqra' Badan Dakwah dan Rohani. 32. Penceramah dan Fasilitator kem kepemimpinan Pengawas Peringkat Negeri 33. Penceramah dan Fasilitator kem kepemimpinan PRS Peringkat Negeri 34. Penceramah dan Fasilitator Nadwah kepemimpinan Islam Peringkat Negeri 35. Panel penyediaan Modul Nadwah Kepemimpinan Pelajar SMKA 36. Jurulatih Dakwah Kementerian Pelajaran Malaysia. 37. Ahli Jawatankuasa PROSTAR Negeri Sembilan. 38. Pembimbing dan Jurulatih Syarahan MTAQ peringkat daerah, negeri dan Kebangsaan 39. Bendahari Panitia Pendidikan Islam Daerah Port Dickson 40. Guru Pengiring MTAQ Kontinjen Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan 41. Penyedia teks syarahan MTAQ peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan 42. Kem Komandan Nadwah Kepemimpinan Pelajar Sek. Men 2007 Peringkat Negeri 43. Committee Board Prostar Daerah Port Dickson 44. Penceramah bagi Sambutan Maal Hijrah, Maulidurasul dan Israk Mikraj 45. Penceramah Ihya' Ramadhan 46. Penceramah Sekolah Selamat 47. Khatib Jemputan Masjid Kg Paya 48. Panel penyediaan khutbah khas Hari Guru Kementerian Pelajaran Malaysia 49. Panel penyediaan Modul Nadwah SMKA peringkat Kebangsaan 50. Hakim Syarahan Agama MTAQ Daerah 51. Hakim Tilawah Sekolah Agama Rakyat Daerah P.Dickson, JAHEINS 52. Ketua Hakim Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah. Karnival Seni dan Pencegahan Dadah peringat Daerah 53. Urusetia dan Pengacara Majlis Seminar Kebangsaan Pendekatan Islam Hadhari dalam Kurikulum Pendidikan Kebangsaan 54. JK Doa Seminar Pengelola Sekolah Peringkat Kebangsaan 55. JK Kursus Kepemimpinan PRS peringkat Negeri Sembilan 56. Panel penyediaan khutbah Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) Kementerian Pelajaran Malaysia. 57. Penyelaras Program Bulan Pendidikan islam SM Teknik Port Dickson 58. Penyelaras Program Ihya' Ramadhan SM Teknik Port Dickson 59. Penceramah Jemputan di Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson. 60. Penceramah Jemputan Masjid Kariah Kampung Paya Port Dickson. 61. Ahli Panel Jemputan Rancangan Keluarga Di 9 terbitan TV9. 62. Imam 3, Masjid Kariah Kampung Paya 63. Ketua Tempat Mengundi, Suruhanjaya Pilihanraya, Pilihanraya Malaysia ke 12. 64. Pensyarah Sambilan Institut Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan (IPRM) 65. Ketua Panitia Pendidikan Islam SM teknik Port Dickson 66. Presenter the talk in Prostarian Workshop Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan 67. Pengerusi Majlis Seminar Kebangsaan Pendekatan Islam Hadhari Dalam Kurikulum Pendidikan Kebangsaan 68. Penceramah Jemputan Kursus Pengukuhan Nilai-nilai Islam untuk Staf Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia. 69. Penceramah Jemputan Kursus Etika Hidup Islami Kakitangan Risda. 70. JK Kurikulum Sekolah Cemerlang SM Teknik Port Dickson 71. Jurulatih Syarahan Agama MTQSS Daerah, Negeri dan Kebangsaan dan berjaya menjadi Johan kebangsaan selama dua tahun berturut-turut. 72. Guru Pengiring dan jurulatih Syarahan Agama peringkat Kebangsaan di Melaka dan menjadi Johan kebangsaan dalam syarahan agama. 73. Pembaca Doa Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 2008 74. Penceramah Jemputan Masjid dan surau sekitar Port Dickson 75. Hakim Hafazan Karnival Pra sekolah Peringkat Daerah dan Negeri 2008 76. Ketua Hakim Pertandingan Forum Islam Peringkat Daerah Port Dickson 77. Hakim Syarahan Agama Peringkat Negeri Sembilan 78. Penceramah Jemputan Motivasi Pelajar Mulia SK Jimah 79. Penceramah Jemputan Sambutan Maulidur Rasul SK Port Dickson 80. Penceramah Jemputan Sambutan Maulidur Rasul SK Lukut 81. Penceramah Jemputan Sambutan Maulidur Rasul SK Kg Baru Sirusa 82. Penceramah Jemputan Sambutan Maulidur Rasul SK Kg Gelam 83. Jurulatih Syarahan Agama Peringkat Kebangsaan 84. Ahli Panel penyediaan Modul Syarahan Spontan Kementerian Pelajaran Malaysia 85. Moderator Forum Perdana SMKA sempena Ihtifal SMKA Peringkat Kebangsaan 86. Pengerusi Majlis, Acara Penutupan Rasmi Ihtifal SMKA Peringkat Kebangsaan 87. Penceramah Jemputan Sambutan Ihya Ramadhan Kolej Matrikulasi Labuan 88.Penceramah Jemputan Majlis Khatam Al Quran, SMK MUTIARA. WP Labuan (16/09/2009) 89. Penceramah Jemputan Kursus Kepimpinan Bestari, SMK Mutiara, Labuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan