Jana Pendapatan Sekarang!

Selasa, 29 Disember 2009

PanGGilan Terakhir...buat Mukallaf yang cukup SYarat



Allah berfirman: Ambillah sebahagian dari sebahagian harta mereka menjadi sedekah(zakat),supayua dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan ingatlah (Allah) maha mendengar lagi maha mengetahui :- at-Taubah :103

kUNdaSAnG laGiii...


SubhanaLlah..subhanaLllah..

posing kat..pondok timpohon (tempat nak daki kinabalu*kena dpt permit dulu baru boleh daki gunung....blakang kami tu kinabalu..tapi tak nampak sebab kabus tebal


SubhanaLlah......




Iffah...posing kat homestay yang kami sewa..ok bah..


wafa.....tunjuk apa tu.....


Assalamulaikum wrm wbt....


Hikmah Kembara
Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana


Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yang setia


Ahad, 20 Disember 2009

Forum REmaJa...sempena MAal Hijrah

pic : barisan ahli panel Forum..tu..diaa..
Alhamdulillah....Forum remaja Maal Hijrah telah berlangsung dengan jayanya..terima kasih kepada semua yang menjayakan forum ini especially kepada semua penonton yang begitu sporting dan juga ajk yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini.Syabas buat Sahabat al Irfan. Para panelis yang hebat-hebat semua ..tahniah..Sdr Muhammad al Amin, Muhd Firdaus. Nazialita dan Meah. Kamu semua memang hebat.:).Yang paling penting setiap azam yang dinyatakan itu perlu direalisasikan sebagai bukti bahawa kita semua mampu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Sabtu, 19 Disember 2009

MINTA MAAF.......

Assalamualaikum..wrm..wbt....minta maaf bebanyak kepada pengunjung2...tak sangka...ade juga hackers yang berani menukarkan ..isi kandungan blog ini dengan perkara2 dan gambar2 yang tidak sepatutnya..AstaghfiruLlah..bertaubatlah wahai sesiapa yang suka merosakkan orang lain..Tiada faedahnya..buatlah amal jangan buat kefasadan..ingatlah balasan tuhan...

Rabu, 16 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

Tentatif program : Jom kita heboh-hebohkan.......

Countdown...countdown....tahun baru Hijrah...mari kita meriahkan rumah-rumah Allah petang ini doa akhir tahun 1430H..sekejap sahaja masa berlalu kan.....macam-macam sejarah dicatatkan sepanjang tahun 1430H. sebab tu..malam ini ade dokumentari ringkas sorotan 1430H geng2 multimedia al Irfan buat...yang pasti setiap masa yang berlalu comfirm takkan kembali lagi walaupun kita mengangis air mata darah sekalipun atau kita bayar dengan lautan emas dan permata sekali pun ianya tidak akan kembali walau sesaat pun..fikirlah sama-sama.

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.







Jumaat, 11 Disember 2009

SenanDunG FaTihaH...


"Susah betul nak ingat maksud fatihah nie..ustaz.."itu antara keluhan2 anak didikku bila ditanya hafaz tak maksud fatihah.. camne ek..... ilham-ilham..akhirnya berbekalkan pengalaman sebagai vokalis kumpulan indie dulu..ha..ha.ha kononnya..eh tapi betul cuma kawasannya terhad di rumah untuk isteri dan anak-anak saje espcially masa nak dodoikan mereka tidur..:) Tapi kali nie hamba buat kelainan sedikit supaya anak didik hamba dapat ingat maksud al Fatihah dalam masa 5 minit saje tue...melalui senandung Fatihah.


Khamis, 10 Disember 2009

Nilai-nilai Murni Masyarakat Malaysia

Pic : Tham zhong ying dan rakan-rakan memerah otak berbincang tentang nilai murni kadazan
Pic : tugasan hari ini...hehh..hehh

Jadi tutorial kali ini hamba...pun buatlah sedikit perbincangan mengikut kaum?etnik yang ada dalam kalangan pelajar hamba...seronok tau...ade banyak sangat perkongsian ilmu yang baru...tq buat semua student yang memberikan kerjasama...dan very2 sporting.cayalah...

Jumaat, 4 Disember 2009

KarniVal MakAnaN MalaysiA

Venue Karnival Makanan Malaysia (Pic : Dari Menara Pentadbiran)
Banner yang baru diouter balik...sebelum nie tulisannya "Karnival Makan Malaysia"..alahai..
JOM Makan-Makan......
start hari nie sampai esok..ade karnivel makanan Malaysia...1malaysia la...katakan...jadik adelah macam-macam makanan seantero negara hamba..Malaysia dijual kat cni.Jom la sertai...and boleh la tengok-tengok dan rasa-rasa pelbagai menu yang disediakan ..mesti best kann.kann.

Rabu, 2 Disember 2009

KELAS GANTII...............LAGIIIIIII

Assalamualaikum wrm wbt dan Salam Muhibbah semua...
Kelas ganti bagi cuti perayaan krismas,adalah seperti berikut :
6 DISEMBER 2009 (SABTU)- ganti bagi cuti 24 DIS 2009
Harap Maklum

Selasa, 1 Disember 2009

Perkongsian nilai murni pererat hubungan kaum


Perkongsian nilai murni pererat hubungan kaum

Bersama Prof Dr Sidek Baba MASYARAKAT majmuk adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Ia terungkap dalam surah al-Hujurat yang menyatakan bahawa pelbagai kaum di dunia memimpin ke arah proses untuk mereka berkenal-kenalan. Berkenalan membawa maksud yang luas termasuk menyuburkan faktor perbandingan yang memberi manfaat. Ada aspek budaya dan tamadun bangsa yang berbeza menyumbang kepada asas maju dan sifatnya mendukung perubahan. Pada diri setiap manusia yang diciptakan ada asas fitrah yang sifatnya sejagat. Meskipun ada kelainan dalam sistem kepercayaan, resam budaya dan cara hidup tetapi ada asas perlu dikongsi supaya lahir jalinan kemanusiaan tinggi yang membolehkan kehidupan berlaku dan wujud rasa perkongsian terhadap rasa bersama. Umat Melayu yang terbina dengan fahaman Islam umpamanya diajar bersikap adil dan amanah. Faktor adil dan amanah adalah faktor sejagat. Sebuah negara Islam, amanah dan keadilan tidak saja berlaku terhadap orang Islam tetapi dituntut berlaku terhadap bukan Islam yang taat kepada negara. Hakikatnya, mengamalkan ajaran Islam dengan baik menjadikan umat Melayu memiliki kualiti diri yang baik dan menjadi sumber contoh terhadap yang lain. Apabila faktor bangsa menjadi lebih berkuasa, ia mudah mewujudkan persaingan dan konflik. Tetapi apabila faktor nilai dijadikan pedoman, nilai al-Quran memberikan penganutnya asas jujur, ikhlas dan baik hati. Sebuah negara umat Islam, kepimpinan berasaskan nilai itu sifatnya menaungi bukannya menimbulkan prasangka dan pecah-belah. Kepelbagaian berasaskan kesuburan nilai sejagat yang membolehkan jalinan komunikasi dan kerjasama berlaku seharusnya menjadi dasar pembentukan negara bangsa supaya integrasi lebih bermakna dapat disuburkan. Nilai tolak ansur dan timbang rasa umpamanya adalah nilai unggul yang memberi jalan terbaik terhadap kelainan dan perbezaan akibat wujudnya masyarakat majmuk. Di kalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya umpamanya berasakan penting berkongsi pengalaman dan kaedah terbaik dalam urus niaga dengan peniaga Melayu atas kesedaran bahawa meminggirkan orang Islam boleh menyebabkan wujud ketidakseimbangan penguasaan ekonomi. Sekiranya hal ini berlarutan, rasa terpinggir boleh menyemai sifat dengki dan dendam. Orang Melayu harus bersedia untuk belajar daripada mereka yang berjaya dan cemerlang, barulah asas kejayaan diraih berasaskan kesungguhan bekerja serta kesabaran menghadapi kerenah. Melihat gelagat sesetengah orang Cina dalam perniagaan umpamanya tidaklah menggambarkan nilai murni dalam ajaran Kongfuzi. Kongfuzi dalam bukunya “The Analect” menganjurkan falsafah murni seperti adil, kasih sayang, timbang rasa dan berperikemanusiaan. Seperti juga melihat sesetengah orang Melayu Islam yang suka melanggar peraturan, bengis di jalan raya, suka ketawa dengan jenaka mencarut bukanlah gambaran ajaran Islam yang mulia seperti sabar, timbang rasa, patuh dan taat kepada aturan, bercakap hal bermanfaat. Kehidupan dalam apa bangsa pun yang tidak dipandu nilai murni terpancar dari agama dan falsafah boleh menyebabkan faktor bangsa menjadi perbezaan yang rapuh terhadap nilai murni. Kehidupan ingin digarap berlandaskan irihati, dendam, syak wasangka akhirnya boleh mencetuskan konflik. Jika asas kehidupan bangsa bertitik tolak dengan nilai murni, ia mencetuskan rasa kemanusiaan tinggi, pengertian mendalam terhadap maksud perbezaan dan mencari titik persamaan yang didukung atas jalinan kasih sayang. Perlumbaan manusia hari ini untuk memperkasakan wibawa bangsa tanpa merujuk keunggulan tamadun yang mendukung kualiti kemanusiaan akhirnya mengarah kepada konflik. Yang menemukan kelainan budaya sesuatu bangsa umpamanya ialah asas apresiasi terhadap nilai jujur, peramah, tolak-ansur, setia kawan yang menjadi landasan kerjasama dalam semua aspek kehidupan. Akhirnya wujud keinsafan bahawa yang berbeza dalam sifat sesuatu bangsa biarlah berbeza dan titik persamaan yang banyak antara bangsa boleh menyumbang ke arah persefahaman dan tolak ansur harus disuburkan. Tidak ada jalan lain dalam kehidupan masyarakat majmuk yang boleh menemukan nilai fitrah melainkan sesuatu bangsa itu memiliki dukungan ajaran agama dan nilai falsafah menampilkan pekerti bangsa yang murni. Jika nilai murni dan baik dapat disuburkan dalam interaksi serta komunikasi antara kaum, ia mampu membina acuan integrasi yang bermanfaat. Integrasi kaum bukan bermakna peleburan identiti bangsa. Islam menekankan pentingnya jiwa berkenal-kenalan dalam wujud rasa saling memahami. Darinya bakal subur nilai bersama dan sejagat yang memungkinkan integrasi berlaku dalam erti kata lebih bermakna. Tiada integrasi atau perpaduan yang sifatnya luaran, bermuka-muka dan akhirnya boleh meledak dengan pancaran dendam, sakit hati hingga menghasilkan konflik dan pertembungan. rujukan : http://drsidekbaba.blogspot.com/2009/06/perkongsian-nilai-murni-pererat.html