Jana Pendapatan Sekarang!

Ahad, 23 Oktober 2016

SAHABAT AL FATEH KMKt 1 ST BACTH




Khamis, 4 September 2014

SAHABAT AL FATEH 1ST BACTH
KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN



Rabu, 10 April 2013



7 HABIT OF HIGHLY EFFECTIVE MUSLIM









Khamis, 9 Ogos 2012

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM 2012














Isnin, 28 Mac 2011

KhuTBaH GeMpa bUMI...


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ، عَلَّمَ الإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الَّذِي بَلَّغَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الأَمَانَةَ وَنَصَحَ الأُمَّةَ وَكَشَفَ الْغُمَّةَ، الَلَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، أما بعدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ، وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَقْوَى Sidang jumaat yang dihormati Allah,Pada hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah s.w.t. Kita memohon keampunan kepada Allah diatas segala dosa,salah dan silap dalam tingkahlaku kita, samada terhadap isteri,anak-anak,sahabat handai,jiran dan masyarakat disekeliling kita. Sidang jumaat yang berbahagia, Maksud : Tidakkah mereka memerhatikan dan memikirkan berapa banyak umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal umat-umat itu telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dengan kekuasaan dan kemewahan yang tidak kami berikan kepada kamu, dan kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka. Kemudian kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri,dan kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain 11 Mac 2011 satu Gempa Bumi berskala besar 9.0 skala richter yang sekaligus merupakan gempar bumi terbesar tercatat didalam sejarah dunia menggegarkan Honshu Jepun dan turut mengakibatkan tsunami dan mengancam beberapa buah negara berhampiran termasuk labuan. .Gempa bumi ini telah meragut nyawa lebih 4300 orang dan menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduknya masih lagi hilang dan tidak dapat dihubungi.Dan berjuta hilang tempat tinggal dan berada dalam keadaan yang sungguh sengsara. Apa yang mengejutkan lagi, Menurut U.S Geogolical Survey(USGS) , sejak 11 mac hingga hari ini sebanyak 1032 gegaran gempa bumi telah dicatatkan di seluruh dunia.Dan terkini hari ni sahaja sebanyak Empat gegaran setakat jam 2 pagi tadi. Tuan-tuan yang dirahmati Allah, Apakah sebenarnya yang sedang berlaku dan bagaimanakah keadaan kita apabila kita mendengar peristiwa-peristiwa yang dashyat ini berlaku ? Adakah kita menganggap apa yang berlaku itu sekadar fenomena alam semata-mata atau satu episod drama realiti kehidupan. Tuan-tuan, kita perlu sedar bahawa semua yang berlaku ini adalah peringatan…satu peringatan dari Allah s.w.t kepada semua umat manusia bukan hanya kepada rakyat Jepun atau China atau negara yang terletak dibawah amaran bencana sahaja. Ketahuilah sesungguhnya apa yang berlaku itu sebenarnya satu peringatan dan amaran kepada orang yang ingkar dan orang yang lalai serta orang yang sentiasa meletakkan keutamaannya terhadap dunia berbanding akhirat. Firman Allah : "Maka apabila malapetaka yang sangat besar telah datang, maka pada ketika itu manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan. (an-Naazi'at 34-36)" Hari ini, lihatlah di sekeliling kita, walaupun peringatan demi peringatan Allah datangkan silih berganti, mengapa ada di antara kita masih belum memahaminya malah masih meneruskan kegiatan maksiat dan dosa seperti biasa. Umpamanya, masih meletakkan hiburan melalaikan,pergaulan bebas lelaki perempuan dan keseronokan keduniaan sebagai keutamaan, clubbing,karaoke, judi, nombor ekor, pesta seks dan arak menjadi kebiasaan. Sabda Rasulullah s.a.w: Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan;- (Riwayat Thabrani). Dalam hadith yang lain : Sabda Rasulullah s.a.w : Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah Tuan-tuan yang dirahmati Allah, Sesungguhnya setiap bencana yang datang itu memberi pengajaran dan peluang kepada kita untuk kita menginsafi dosa-dosa kita dan kembali ke pangkal jalan sebelum kita terlambat.Oleh itu marilah kita melakukan perubahan dalam beberapa perkara : Daripada mengunjungi pusat – pusat hiburan atau kelab malam kepada mengunjungi masjid-masjid dan rumah Allah. Daripada menyanyi lagu-lagu yang merosakkan hati atau berkaraoke kepada mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan berzikir. Daripada kita menganjurkan pesta-pesta hiburan melampau kepada menganjurkan majlis ilmu yang mengingatkan kita tentang dosa dan pahala. Daripada kita membazirkan wang kita di tempat perjudian kepada melaburkan wang atau harta kita ke tabung-tabung anak yatim atau masjid. Ya, Allah peliharalah kami semua pada hari ini dari segala bentuk kejahatan dan maksiat. Sebaliknya, tunjukanlah kami jalan-jalan yang Engkau redhai. Tuan-tuan mari kita hayati Firman Allah dalam surah al Zalzalah ini : Maksud :Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedashyat-dasyhatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia dengan perasaan gerun "apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya : bahawa Tuhanmu telah memerintahkan nya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak dari kubur masing-masing-untuk diperlihatkan amal-amal mereka.. Mala sesiapa yang berbuat kebaikan dan kebajikan sebesar zarah, nescaya akan diperlihatkannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan diperlihatkannya بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ

$tuDY wEEk @ stUdY WeaK???.....

Dah setahun bercuti bergaji penuh daripada menulis dilaman hamba ini, maka kali ini ntah la macam mana boleh ada hati balik nak menulis balik..so pikir punya pikir naaa ni dia jumpa la benda yang nak hamba nukilkan kali ni...

Next week adalah studY week bagi anak-anak didik hamba di KML nih. maka berdasarkan dapatan secara pemerhatian yang hamba perhatikan pada setiap kali datang musim study week nih ....mak aiih macam-macam ragam, so naklah hamba bagi tips2 kpd sesiapa yang sudi..bagaimana nak memaksimumkan daya pecutan terakhir sebelum menghadapi final exam nanti. Antaranya sebagaimana berikut :
1. Jaga kesihatan (Pastikan tidur cukup at least 5 jam) jgn stay up sampai lewat malam
2.Bangun awal disepertiga malam (istighfar,solat 2 rakaat, study) 3. Mandi sebelum waktu subuh (amalan our Prophet PBUH)
4. Selepas subuh sesuai buat ulangkaji subjek yg meme
rlukan pengiraan supaya minda kita tercabar.(Jgn sambung tido..no..no.no)
5. Sebaiknya ajak kawan2 berbincang bersama2 lagi baguss(tetapi jgn bergosip pulak.@ ajak yg spesial ja..tu bkn nak study tuh tp nk couple)..buang masa jak 6. Kenalpasti trend2 soalan yang lepas...
7. Utamakan yang utama (1st things 1st) main dota atau tgk movie korea sbb nak hilangkan tension tuh alasan nafsu shj spy kita leka.jangan terpedaya dengan mainan
nafsu. 8. Elakkan daripada keluar outing utk berhibur kerana ianya menghilangkan fokus kita terhadap exam
9. Jgn lupa telefon papa dan mama minta doa restu dari kedua2nya.
10. PALING PENTING, berdoa kepada ALLAH sentiasa keran segala yang berlaku adalah di bawah kekuasaanNya. ALLAHU AKBAR.
selamat menghadapi peperiksaan....

Isnin, 22 November 2010

insYa Allah..

"Ketahuilah bahawa, segala perbuatan kita adalah milik Allah. InsyaAllah bukan bicara kosong. Tetapi ia adalah doa agar Allah benar-benar merealisasikan apa yang kamu hendak buat."

AssalamualaikuMmmm...mau aktiFF balik..

Salamun alaik...maaf sesangan dah lama dah hamba tak update blog ini rasanya mau diaktifkan balik..oleh yang demikian nantikan pengisian terbaru di blog ini tqvm dan jkkk.:)

Isnin, 5 April 2010

MaaF lama tak Update...kesibukan

Harap maaf sebab lama nda di updatep blog ine kesibukan sedikit bah..

Selasa, 29 Disember 2009

PanGGilan Terakhir...buat Mukallaf yang cukup SYarat



Allah berfirman: Ambillah sebahagian dari sebahagian harta mereka menjadi sedekah(zakat),supayua dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan ingatlah (Allah) maha mendengar lagi maha mengetahui :- at-Taubah :103

kUNdaSAnG laGiii...


SubhanaLlah..subhanaLllah..

posing kat..pondok timpohon (tempat nak daki kinabalu*kena dpt permit dulu baru boleh daki gunung....blakang kami tu kinabalu..tapi tak nampak sebab kabus tebal


SubhanaLlah......




Iffah...posing kat homestay yang kami sewa..ok bah..


wafa.....tunjuk apa tu.....


Assalamulaikum wrm wbt....


Hikmah Kembara
Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana


Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yang setia


Ahad, 20 Disember 2009

Forum REmaJa...sempena MAal Hijrah

pic : barisan ahli panel Forum..tu..diaa..
Alhamdulillah....Forum remaja Maal Hijrah telah berlangsung dengan jayanya..terima kasih kepada semua yang menjayakan forum ini especially kepada semua penonton yang begitu sporting dan juga ajk yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini.Syabas buat Sahabat al Irfan. Para panelis yang hebat-hebat semua ..tahniah..Sdr Muhammad al Amin, Muhd Firdaus. Nazialita dan Meah. Kamu semua memang hebat.:).Yang paling penting setiap azam yang dinyatakan itu perlu direalisasikan sebagai bukti bahawa kita semua mampu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Sabtu, 19 Disember 2009

MINTA MAAF.......

Assalamualaikum..wrm..wbt....minta maaf bebanyak kepada pengunjung2...tak sangka...ade juga hackers yang berani menukarkan ..isi kandungan blog ini dengan perkara2 dan gambar2 yang tidak sepatutnya..AstaghfiruLlah..bertaubatlah wahai sesiapa yang suka merosakkan orang lain..Tiada faedahnya..buatlah amal jangan buat kefasadan..ingatlah balasan tuhan...

Rabu, 16 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

Tentatif program : Jom kita heboh-hebohkan.......

Countdown...countdown....tahun baru Hijrah...mari kita meriahkan rumah-rumah Allah petang ini doa akhir tahun 1430H..sekejap sahaja masa berlalu kan.....macam-macam sejarah dicatatkan sepanjang tahun 1430H. sebab tu..malam ini ade dokumentari ringkas sorotan 1430H geng2 multimedia al Irfan buat...yang pasti setiap masa yang berlalu comfirm takkan kembali lagi walaupun kita mengangis air mata darah sekalipun atau kita bayar dengan lautan emas dan permata sekali pun ianya tidak akan kembali walau sesaat pun..fikirlah sama-sama.

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.







Jumaat, 11 Disember 2009

SenanDunG FaTihaH...


"Susah betul nak ingat maksud fatihah nie..ustaz.."itu antara keluhan2 anak didikku bila ditanya hafaz tak maksud fatihah.. camne ek..... ilham-ilham..akhirnya berbekalkan pengalaman sebagai vokalis kumpulan indie dulu..ha..ha.ha kononnya..eh tapi betul cuma kawasannya terhad di rumah untuk isteri dan anak-anak saje espcially masa nak dodoikan mereka tidur..:) Tapi kali nie hamba buat kelainan sedikit supaya anak didik hamba dapat ingat maksud al Fatihah dalam masa 5 minit saje tue...melalui senandung Fatihah.