Jana Pendapatan Sekarang!

Rabu, 28 Oktober 2009

abang dah PoTonG.???

Abang dah potong?

Abang dah potong? Semua orang dah potong. ..beginilah iklan ISP P1 Wimax. Kelakar juga tagline iklan ni sekali pandang orang ingat potong tu macam berkhatan. huhu

Memang jelas P1 cuba "menganjing" pesaing utamanya dalam internet jalur lebar iaitu Streamyx produk dari TM kerana gambarnya yang memotong kabel RJ11 iaitu wayar telefon tetap.



Baguslah kerana dengan ada saingan ISP-ISP tempatan dapat menurunkan caj perkhidmatan mereka. Pada saya pula apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan dan kebolehan melayari internet dengan laju tanpa putus-putus.

Saya kini melanggan 3G broadband Celcom dan streamyx. Broadband Celcom memang tak berapa puas hati servisnya manakala streamyx pula intimitent. Kadang-kadang laju kadang-kadang slow.

Ini adalah satu cabaran bagi TM kerana dalam Bajet 2010 pun PM sudah mengumumkan TM akan memulakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang bernilai RM11 billion . Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion dan TM membiayai bakinya RM8.91 bilion.

HSBB akan memberi speed sehingga 10Mbps kepada pelanggan kediaman dan sehingga 100Mbps kepada pelanggan perniagaan dengan teknologi fiber dan teknologi IP sepenuhnya. Ini adalah tempatnya kerana isu hangat pelabur dari Australia risau dengan keadaan sambungan internet di Malaysia.

Secara overallnya walau pun banyak komplen boleh dikatakan streamyx adalah best of the worst broadband di Malaysia. Lihat tip di isuhangat dulu 'melayari streamyx dengan bijak'

Ok berbalik kepada kempen potong P1 Wimax tadi. Ramai juga yang sudah komplen perkhidmatan P1 ni. Seperti Broadband Celcom, ramai yang mengatakan laju pada mulanya tetapi apabila pertambahan pelanggan mulalah menjadi selowww gila. Sehingga istilah berukband, snailmyx, p1 Why Mek, Max Cis dicipta oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.

Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:




Kalau dipandang betul-betul, muka mamat ni iras-iras wajah CEO P1 Wimax, Michael Lai



Apa yang diharap ialah jangan berlawan iklan jer . Lawan dengan servis!

Selasa, 20 Oktober 2009

sELamAT BeRcuTi


untuk semua student PST....selamat bercuti...gunakan masa yang terluang dengan baik..kiri, salam pada ibu dan ayah...

Ahad, 11 Oktober 2009

PSPM BERRMULA....GOOD LUCK!!!


PELAJAR-PELAJARKU YANG DIRAHMATI ALLAH .....
MULAKAN DENGAN BASMALAH DAN DOA...

DOA] mOhOn dimudahkan segala uRusan


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)


SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

Isnin, 5 Oktober 2009

COupLe IsLAmiK






Seringkali kita memahami bahawa amalan berkapel ini merupakan satu tradisi dalam kalangan remaja. Asal memasuki alam remaja sahaja, mesti individu ini akan mencari pasangan bagi mewarnai hidup mereka agar indah.

Perasaan akan dilayan, disyahdukan, malah diindahkan dengan sayang-menyayangi antara pasangan lelaki dan perempuan ini. Mereka, remaja ini menganggap bahawa amalan berkapel dapat memberi kesan positif terhadap hidup mereka seperti mampu memberi semngat untuk belajar, menceriakan kehidupan, mempunyai tempat untuk melepaskan kasih sayang, dan juga sebagai tempat untuk menuai perasaan cinta yg berbuah.

Namun, adakah amalan berkapel ini tidak diselidiki oleh para remaja ini dari perspektif Islam? Adakah mereka tidak menyedari apa2 kemusykilan berkaitan amalan ini? Menghairankan, sewajarnya setiap individu remaja Islam yang berpendidikan harus merujuk setiap tindakan mereka secara Islamic, bukannya tahu merodok sahaja apa yang dirasakan indah dan menyeronokkan…

Dalam komik saya ini, diselitkan sindiran mengenai tindakan pasangan remaja yg menganggap segala yang dilakukan mereka bertepatan dengan syariat Islam. Akan tetapi, mereka tidak menyedari yang diri mereka sudah dikaburkan dengan helah syaitan yg sentiasa cuba menyesatkan anak Adam. Mereka berkapel kononnya cara Islamic, tetai mereka tidak perasan yang cara mereka tetap dikategorikan sebgai zina. Memang dilihat penuh kebaikan, niat mereka juga baik. Tapi ingatlah, niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil.

“dan (juga) kaum Ad & Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan2 mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka adalah orang2 yang berpandangan tajam”
Surah Al-Ankabut : 38

Kapel adalah sebahagian drp zina…
“dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yg buruk”
Surah Al-Isra’ : 32

Kenapa kapel dikatakan sebahagian daripada zina? Zina ini ada banyak perkara: Zina tangan, zina kaki, zina mata, zina lidah, zina telinga, malah yang paling tidak dpt dielakkan ialah zina hati.

Rasulullah bersabda : mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia.
Hakikatnya, macam mana kita lakukan sekalipun untuk meng’islamic’kan hubungan kapel ni, kita tetap tdk dapat elakkan daripada zina hati.

Justeru, adakah anda ingin mengekalkan amalan berkapel ini sebagai satu tradisi golongan remaja dan seterusnya hanyut dalam lautan zina yang ditenggelamkan ombak pengaburan syaitan, ataupun ingin mengikut hukum Islam yang MENGHARAMKAN kapel sebagaimana zina diharamkan…?

Hm hm hmmm…kitalah sebagai remaja yang patut menentukan hala tuju hidup. Sekian. . .

Originally write by :
~Nieyzar~

Rujukan :
Al-Quran
-Surah Al-Ankabut : 38
-Surah Al-Isra’ : 32

Ahad, 4 Oktober 2009

GAMBAR CAMPING PDT 2009









ANTARA PIC-PIC YANG SEMPAT DIRAKAMKAN SEMASA CAMPING....

Khamis, 1 Oktober 2009

PERKHEMAHAN PDT

PERKHEMAHAN PDT
TARIKH : 2-4 OKTOBER
VENUE : TAMAN REKREASI TEMPURONG, KUALA PENYU, SABAH

Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Ankabut : Ayat 20

Rabu, 30 September 2009

KHUTBAH : peringatan buat INSAN....



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ، عَلَّمَ الإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الَّذِي بَلَّغَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الأَمَانَةَ وَنَصَحَ الأُمَّةَ وَكَشَفَ الْغُمَّةَ، الَلَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،

أما بعدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ، وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَقْوَى

Sidang jumaat yang dihormati Allah,

Pada hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah s.w.t. Kita memohon keampunan kepada Allah diatas segala dosa,salah dan silap dalam tingkahlaku kita, samada terhadap isteri,anak-anak,sahabat handai,jiran dan masyarakat disekeliling kita.

Sidang jumaat yang berbahagia,


Maksud :

Tidakkah mereka memerhatikan dan memikirkan berapa banyak umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal umat-umat itu telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dengan kekuasaan dan kemewahan yang tidak kami berikan kepada kamu, dan kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka. Kemudian kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri,dan kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain

26 Sept 2009 satu Taufan tropika yang berkelajuan 190kmj telah membadai beberapa wilayah di Filipina. Taufan yang dikenali dengan nama Taufan Ketsana ini telah meragut nyawa lebih 240 orang dan menyebabkan 500 ribu penduduknya hilang tempat tinggal dan berada dalam keadaan yang sungguh sengsara. Selang seminggu , 29 Sept 2009 tepat jam 2.28tgh waktu Malaysia, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter menggegarkan wilayah Samoa,Amerika dan pulau-pulau kecil. Lebih 113 orang dianggarkan terbunuh. Dan terkini pusat bencana melaporkan satu lagi gempa bumi berukuran 7.9 Skala ritcher telah melanda selatan sumatera dan padang, Indonesia yang mengakibatkan gegarannya turut dirasai dibeberapa tempat di Malaysia dan turut mengakibatkan tsunami setinggi 7 meter.Pada masa yang sama , ribut kuat telah melanda kawasan di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu, manakala lima buah kampung di Jerantut Pahang pula dilanda hujan batu sebesar penumbuk

Tuan-tuan yang dirahmati Allah,

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku dan bagaimanakah keadaan kita apabila kita mendengar peristiwa-peristiwa yang dashyat ini berlaku ?

Adakah kita menganggap apa yang berlaku itu sekadar fenomena alam semata-mata atau satu episod drama realiti kehidupan.

Tuan-tuan, kita perlu sedar bahawa semua yang berlaku ini adalah peringatan…satu peringatan dari Allah s.w.t kepada semua umat manusia bukan hanya kepada rakyat Myanmar atau china atau negara yang terletak dibawah amaran bencana sahaja. Ketahuilah sesungguhnya apa yang berlaku itu sebenarnya satu peringatan dan amaran kepada orang yang ingkar dan orang yang lalai serta orang yang sentiasa meletakkan keutamaannya terhadap dunia berbanding akhirat.

Firman Allah :

"Maka apabila malapetaka yang sangat besar telah datang, maka pada ketika itu manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan. (an-Naazi'at 34-36)"

Hari ini, lihatlah di sekeliling kita, walaupun peringatan demi peringatan Allah datangkan silih berganti, mengapa ada di antara kita masih belum memahaminya malah masih meneruskan kegiatan maksiat dan dosa seperti biasa. Umpamanya, masih meletakkan hiburan melalaikan,pergaulan bebas lelaki perempuan dan keseronokan keduniaan sebagai keutamaan, clubbing,karaoke, judi, nombor ekor, pesta seks dan arak menjadi kebiasaan.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan;- (Riwayat Thabrani).

Dalam hadith yang lain :

Sabda Rasulullah s.a.w :

Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah
bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila
telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah


Tuan-tuan yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya setiap bencana yang datang itu memberi pengajaran dan peluang kepada kita untuk kita menginsafi dosa-dosa kita dan kembali ke pangkal jalan sebelum kita terlambat.Oleh itu marilah kita melakukan perubahan dalam beberapa perkara :

1. Daripada mengunjungi pusat – pusat hiburan atau kelab malam kepada mengunjungi masjid-masjid dan rumah Allah.

2. Daripada menyanyi lagu-lagu yang merosakkan hati atau berkaraoke kepada mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan berzikir.

3. Daripada kita menganjurkan pesta-pesta hiburan melampau kepada menganjurkan majlis ilmu yang mengingatkan kita tentang dosa dan pahala.

4. Daripada kita membazirkan wang kita di tempat perjudian kepada melaburkan wang atau harta kita ke tabung-tabung anak yatim atau masjid.

Ya, Allah peliharalah kami semua pada hari ini dari segala bentuk kejahatan dan maksiat. Sebaliknya, tunjukanlah kami jalan-jalan yang Engkau redhai.

Tuan-tuan mari kita hayati Firman Allah dalam surah al Zalzalah ini :)

Maksud :Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedashyat-dasyhatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia dengan perasaan gerun "apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya : bahawa Tuhanmu telah memerintahkan nya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak dari kubur masing-masing-untuk diperlihatkan amal-amal mereka.. Mala sesiapa yang berbuat kebaikan dan kebajikan sebesar zarah, nescaya akan diperlihatkannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan diperlihatkannya

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.