Jana Pendapatan Sekarang!

Rabu, 30 September 2009

KHUTBAH : peringatan buat INSAN....



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ، عَلَّمَ الإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الَّذِي بَلَّغَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الأَمَانَةَ وَنَصَحَ الأُمَّةَ وَكَشَفَ الْغُمَّةَ، الَلَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،

أما بعدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ، وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَقْوَى

Sidang jumaat yang dihormati Allah,

Pada hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah s.w.t. Kita memohon keampunan kepada Allah diatas segala dosa,salah dan silap dalam tingkahlaku kita, samada terhadap isteri,anak-anak,sahabat handai,jiran dan masyarakat disekeliling kita.

Sidang jumaat yang berbahagia,


Maksud :

Tidakkah mereka memerhatikan dan memikirkan berapa banyak umat yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal umat-umat itu telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dengan kekuasaan dan kemewahan yang tidak kami berikan kepada kamu, dan kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka. Kemudian kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka sendiri,dan kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain

26 Sept 2009 satu Taufan tropika yang berkelajuan 190kmj telah membadai beberapa wilayah di Filipina. Taufan yang dikenali dengan nama Taufan Ketsana ini telah meragut nyawa lebih 240 orang dan menyebabkan 500 ribu penduduknya hilang tempat tinggal dan berada dalam keadaan yang sungguh sengsara. Selang seminggu , 29 Sept 2009 tepat jam 2.28tgh waktu Malaysia, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter menggegarkan wilayah Samoa,Amerika dan pulau-pulau kecil. Lebih 113 orang dianggarkan terbunuh. Dan terkini pusat bencana melaporkan satu lagi gempa bumi berukuran 7.9 Skala ritcher telah melanda selatan sumatera dan padang, Indonesia yang mengakibatkan gegarannya turut dirasai dibeberapa tempat di Malaysia dan turut mengakibatkan tsunami setinggi 7 meter.Pada masa yang sama , ribut kuat telah melanda kawasan di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu, manakala lima buah kampung di Jerantut Pahang pula dilanda hujan batu sebesar penumbuk

Tuan-tuan yang dirahmati Allah,

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku dan bagaimanakah keadaan kita apabila kita mendengar peristiwa-peristiwa yang dashyat ini berlaku ?

Adakah kita menganggap apa yang berlaku itu sekadar fenomena alam semata-mata atau satu episod drama realiti kehidupan.

Tuan-tuan, kita perlu sedar bahawa semua yang berlaku ini adalah peringatan…satu peringatan dari Allah s.w.t kepada semua umat manusia bukan hanya kepada rakyat Myanmar atau china atau negara yang terletak dibawah amaran bencana sahaja. Ketahuilah sesungguhnya apa yang berlaku itu sebenarnya satu peringatan dan amaran kepada orang yang ingkar dan orang yang lalai serta orang yang sentiasa meletakkan keutamaannya terhadap dunia berbanding akhirat.

Firman Allah :

"Maka apabila malapetaka yang sangat besar telah datang, maka pada ketika itu manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan. (an-Naazi'at 34-36)"

Hari ini, lihatlah di sekeliling kita, walaupun peringatan demi peringatan Allah datangkan silih berganti, mengapa ada di antara kita masih belum memahaminya malah masih meneruskan kegiatan maksiat dan dosa seperti biasa. Umpamanya, masih meletakkan hiburan melalaikan,pergaulan bebas lelaki perempuan dan keseronokan keduniaan sebagai keutamaan, clubbing,karaoke, judi, nombor ekor, pesta seks dan arak menjadi kebiasaan.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan;- (Riwayat Thabrani).

Dalam hadith yang lain :

Sabda Rasulullah s.a.w :

Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah
bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila
telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah


Tuan-tuan yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya setiap bencana yang datang itu memberi pengajaran dan peluang kepada kita untuk kita menginsafi dosa-dosa kita dan kembali ke pangkal jalan sebelum kita terlambat.Oleh itu marilah kita melakukan perubahan dalam beberapa perkara :

1. Daripada mengunjungi pusat – pusat hiburan atau kelab malam kepada mengunjungi masjid-masjid dan rumah Allah.

2. Daripada menyanyi lagu-lagu yang merosakkan hati atau berkaraoke kepada mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan berzikir.

3. Daripada kita menganjurkan pesta-pesta hiburan melampau kepada menganjurkan majlis ilmu yang mengingatkan kita tentang dosa dan pahala.

4. Daripada kita membazirkan wang kita di tempat perjudian kepada melaburkan wang atau harta kita ke tabung-tabung anak yatim atau masjid.

Ya, Allah peliharalah kami semua pada hari ini dari segala bentuk kejahatan dan maksiat. Sebaliknya, tunjukanlah kami jalan-jalan yang Engkau redhai.

Tuan-tuan mari kita hayati Firman Allah dalam surah al Zalzalah ini :)

Maksud :Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedashyat-dasyhatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia dengan perasaan gerun "apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya : bahawa Tuhanmu telah memerintahkan nya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak dari kubur masing-masing-untuk diperlihatkan amal-amal mereka.. Mala sesiapa yang berbuat kebaikan dan kebajikan sebesar zarah, nescaya akan diperlihatkannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan diperlihatkannya

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan